Monday, October 26, 2009

kompos bioponic

1. Kegunaan
a. Bahan ganti tanah organic
b. Penghasilan baja kompos organik. Penghasilannya terbentuk dari sisa pepejal makanan yang telah diproses bersama yis yang menghasilkan humus dan tanih bernutrin tinggi bagi medium pertumbuhan hasil agricultural yang sederhana.
c. Selain dari itu, proses kompos tersebut mempunyai hasil sampingan iaitu penghasilan gas methane yang digunakan secara meluas. Gas methane terbentuk dari proses microorganisms, iaitu tindakbalas biologi menerusi yis dan gula dan medium bahan sisa pepejal dari dapur yang boleh dikatakan dihasilkan secara meluas setiap hari.

2. Cara operasi inovasi berkenaan dalam menyelesaikan masalah teknikal yang telah dikenalpasti
a. Pengkomesialan produk sebagai penyelesaian masalah teknikal dari aspek pengurusan sisa dari dapur dapat dinyatakan menerusi proses microorganism yang ditukarkan kepada bentuk humus.
b. Sekali gus, penghasilan gas metana daripada proses penapaian yis dan gula terhadap sisa dari dapur mampu dikomersilkan secara selamat dan mempunyai piawaian standard yang ditetapkan.


3. Manfaat kepada masyarakat dan pengguna
a. Masalah sisa pepejal dari dapur dapat dikurangkan kepada 70% di mana kebanyakan sisa yang digunakan terdiri daripada bahan yang mengandungi unsure buahan, sayuran, jus dan serbuk sisa minuman bancuhan.
b. Gas metana yang dihasilkan mampu dikomersilkan secara berperingkat di mana pakej produk mampu menghasil, memindah dan menyimpan gas metana dalam keadaan yang paling selamat untuk digunakan sebagai bahan bakar asli.
4. Potensi pasaran
a. Potensi pasaran bagi 3+1 produk iaitu produk:-
i. Sebagai alat pengurusan sampah dan sisa pepejal dari dapur,
ii. Sebagai alat menghasilkan tanih kompos yang berkualiti tinggi,
iii. Sebagai alat bagi menampung kekurangan serta emergensi ketika ketiadaan gas dan penggunaan gas metana sebagai ganti sementara.
b. Dari skala industri, dapat dilihat, proses pelupusan dari aspek loji pemprosesan bahan sisa makanan dapat dimanfaatkan secara skala yang besar di mana penghasilan tanih kompos serta gas metana dapat dihasilkan secara skala economi. Permintaan terhadap tanih kompos akan menjadi lebih kompetitif seandainya dibuat dalam sekala yang besar. Begitu juga dengan gas metana, kurang penggunaan bahan-bahan kimia pencemar jika bahan organic digunapakai. Justeru, ianya dapat mengurangkan ruang bagi pelupusan sampah yang kini menjadi isu penempatan tanah.
c. Gas metana juga, secara saintifik telah dibuktikan sebagai mengurangkan risiko pemanasan global seandainya dijalankan pada segala yang diperlukan.